Apr 23, 2014

OOTD : Just Me & Dr Martens






“Simplicity is the keynote of all true elegance.”
  Coco Chanel




WHAT I WORE
Wide Shawl, FLEA MARKET
Tiger Jumper, H&M
Harem Pants, COTTON ON
Bangles, DIVA
Boots, DR MARTENS
Speedy 35 Monogram, LOUIS VUITTON




Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

Apr 22, 2014

Pengalaman Menaiki Jaguar XF







“And, when you want something, all the universe conspires in helping you to achieve it.”
  Paulo Coelho, The Alchemist





[ Kuala Lumpur Golf & Country Club . 20th April 2014 ]


Assalamualaikum & Hello.


Entry ni bersambung dengan semalam punya tau. (Sambungan entry Maybank Malaysian Open 2014 : klik SINI) Semalam saya ada cerita pasal ada benda best yang berlaku masa kitorang nk balik. Meh nak cerita dulu ok? Ahad lepas, kami terpaksa balik awal atas sebab-sebab tertentu. Memang tak sempat tunggu sampai habis tournament. Masa nak jalan kaki pergi ke kereta (jauh jugaklah parking kereta tu) kami nampak la kat entrance ada banyak orang berbaris menunggu. Apa la yang diorang tunggu ni kan? Mr Kudud cakap maybe tunggu shuttle bas ataupun kereta. Saya pun tak ambil pusing masa tu. Tapi rasa pelik pulak. Eh....diorang ni beratur naik Jaguar rupanya. Waaaa...jealous betul!! Btw, untuk pengetahuan korang, Untuk Maybank Malaysian Open tahun ni, Jaguar jadi official partner. Saya ingat maybe orang yang beratur ni VVIP kot. Sekali bila kitorang perhatikan betul-betul kebanyakan diorang ni tak pakai pun tag VIP so secara logiknya diorang ni orang biasa-biasa macam kitorang la kot. Ala...nak naik jugak!! Masa tu cakap kat Mr Kudud..nak beratur jugak naik Jaguar tu. Mr Kudud cakap jangan nak mengada. Masa tu kitorang rushing, memang tak sempatlah nak beratur naik Jaguar tu...huhu. Sedihnya...sob sob sob


Masa tengah lari-lari anak pergi ke parking kereta, ada satu abang ni tegur kitorang, Dia tanya nak pergi parking kereta ke? Kitorang pun iye kan je. Lepas tu tanya pulak, jauh tak parking korang tu? Kitorang jawab pulak, tak adalah jauh sangat. Terus abang tu cakap dia boleh tolong hantarkan kitorang pegi kat parking kereta. Sekali tengok abang ni nak hantarkan pakai Jaguar yang kitorang tengok sebelum tu. OOO-MMM-GGG!!! Suka hatilah korang nak cakap kitorang ni kampung ke hape sebab masa tu memang excited sangat!! Naik je terus borak-borak dengan abang tu. Ingatkan dia memang driver ke hape, rupa-rupanya dia ni mechanic Jaguar Malaysia. Jaguar Malaysia memang sponsor 40 buah kereta Jaguar XF untuk dijadikan shuttle car. Sapa-sapa yang datang tengok Malaysian Open, boleh dapat privilege naik shuttle car ni pergi ke parking kereta. Gila best kan? Rasa macam untung sangat..tiket dah free, lepas tu pegi parking kereta, naik Jaguar pulak. Sapa nak kasi kan? hehe. Abang tu memang sporting la...kitorang siap tanya harga kereta tu lagi. Senang cerita, kereta yang kitorang naik tu, harganya lebih dari setengah juta! Disebabkan abang tu sangat sporting dan friendly, saya selamba je tanya abang tu boleh tak kitorang nak selfie dalam Jaguar XF ni? Kasi can la...seumur hidup tak pernah naik Jaguar tau. Dia cakap mestilah boleh. Haha...


Saya tak adalah pandai sangat pasal spec kereta ni. Tapi bila duduk dalam tu, adoiii...terasa nak nyanyi lagu 'Kalau Aku Kaya' je. Semuanya nampak 'luxury' dan tersangat luas. Mr Kudud duduk sebelah abang tu. Saya duduk kat belakang sorang-sorang. Dah macam mak datin uolss!! hehe.


Alaa...rugi betul muka abang tu tak nampak dalam gambar tu. Sporting dan sangat friendly. Terus rasa nak beli Jaguar XF tu. Malangnya kami ni hanya rakyat marhaen. Dapat naik dan selfie dalam tu pun dah rasa besar hati kan. Hopefully tahun depan Jaguar Malaysia sponsor lagi shuttle car macam ni lagi. Bolehlah saya naik lagi tahun depan...hehe.

Gambar kat atas ni semua gambar interior je kan? Nah...ini dia rupa kereta Jaguar XF yang saya duk pung pang pung pang dari tadi tu..sexy kan?


Mr Kudud....tahun depan saya nak pegi Malaysian Open lagi !!!!





Love,
LIZA RAZAK







FOLLOW ME 

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...